MPS sita lima motosikal, 50 tayar dalam Operasi Halangan

Motosikal yang dikesan diletak dipetak parkir kereta di Rawang Mutiara.
Motosikal yang dikesan diletak dipetak parkir kereta di Rawang Mutiara.
A
A
A

RAWANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita lima motosikal dalam Operasi Halangan yang dijalankan di premis perniagaan di Rawang Mutiara semalam.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, tindakan tersebut diambil selepas pemilik premis menggunakan dua petak parkir di depan kedainya sebagai ruang pameran jualan.

Menurutnya, tindakan sitaan adalah di bawah Seksyen 46(1) d Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Halangan Tred Perniagaan).

"Operasi dijalankan berdasarkan pemantauan MPS dan mendapati premis terbabit meletakkan barangan di kawasan awam di hadapan premis masing-masing sehingga menimbulkan halangan dan kacau ganggu.

"Kesemua motosikal tersebut disita selama 14 hari di stor simpanan MPS Bandar Baru Selayang sebelum boleh dituntut dengan menjelaskan kompaun di bawah halangan sebanyak RM250 bagi setiap inventori," katanya.

Kerusi dan meja yang disita dalam Operasi Halangan semalam.
Kerusi dan meja yang disita dalam Operasi Halangan semalam.

Katanya, dalam operasi sama, sebuah restoran dan kedai tayar di Bandar Baru Rawang turut dikenakan tindakan sita barangan selepas dikesan melakukan kesalahan sama.

Artikel Berkaitan:

"MPS menyita 51 biji tayar dan rim terpakai serta dua jek kereta yang diletak di empat petak parkir di hadapan kedai tayar itu.

"Sementara sitaan meja dan kerusi turut dikenakan ke atas sebuah restoran. Operasi berjalan dalam keadaan baik dan terkawal mengambil masa hampir dua jam bermula 10 pagi," katanya.

Mohamad Zin berkata, operasi sama akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi syarat lesen dan petak parkir tidak disalah guna.

Motosikal diangkut MPS selepas menggunakan petak parkir kereta.
Motosikal diangkut MPS selepas menggunakan petak parkir kereta.