Cadangan pampasan RM1 juta kepada mangsa pemandu mabuk

Kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah, ringan atau maut dikategorikan sebagai kes quasi criminal.
Kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah, ringan atau maut dikategorikan sebagai kes quasi criminal.
A
A
A

Akhir-akhir ini terdapat beberapa tragedi kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian terhadap pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah.

Kes terbaharu, dua lelaki maut selepas motosikal yang mereka tunggang dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita mabuk di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua kira-kira jam 2.40 pagi Selalu lalu.

Sebelum itu, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya cedera parah apabila motosikal dinaiki mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Semalam, apabila Merak Jalanan menonton Wacana Sinar Harian, Pegawai Turus Kes Profil Tinggi dan Kajian Kes, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Rozlim Che Ali berkata, kes bunuh dan kemalangan jalan raya termasuk yang menyebabkan kematian adalah dua kes berlainan dan tidak boleh dikenakan hukuman sama iaitu gantung sampai mati.

Ini kerana kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah, ringan atau maut dikategorikan sebagai kes quasi criminal.

Beliau berkata, kes-kes lalu lintas di bawah quasi criminal itu hanya memadai dibuktikan dengan tindakan tetapi berbeza dengan kes bunuh kerana terdapat dua perkara yang perlu dibuktikan iaitu niat serta tindakan.

Tetapi dalam kes kemalangan, sukar untuk dibuktikan niat seseorang itu walaupun tindakannya mendatangkan kematian.

Jika sukar nak kenakan hukuman gantung sampai mati, Merak Jalanan nak cadangkan kepada kerajaan supaya buat undang-undang supaya pemandu mabuk yang menyebabkan kematian perlu bayar pampasan RM1 juta bagi satu nyawa yang melayang akibat perbuatan mereka.

Artikel Berkaitan:

Dengan pampasan yang besar barulah geng-geng pemabuk ini tidak berani nak mabuk sesuka hati!