'Masih terlalu awal jangka Covid-19 akan berakhir' - WHO

Angka kematian akibat wabak ini telah mencecah lebih 1,000 orang dan sudah melepasi kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) iaitu sebanyak 800 mangsa pada November 2002.
Angka kematian akibat wabak ini telah mencecah lebih 1,000 orang dan sudah melepasi kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) iaitu sebanyak 800 mangsa pada November 2002.
A
A
A
GENEVA- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meminta masyarakat dunia agar berhati-hati kerana "masih terlalu awal" untuk menjangkakan penularan virus ini akan berakhir susulan penurunan kes terbaharu yang direkodkan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata jumlah kes terbaharu di China stabil sepanjang minggu lalu namun ia perlu diperhalusi dengan langkah berhati-hati.

Semalam, WHO turut memberi amaran kepada negara-negara rantau ini termasuk Malaysia supaya bersedia terhadap sebarang kemungkinan penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) yang lebih meluas.

Pengarah WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai berkata, virus itu ketika ini berada 'di persimpangan yang kritikal’ kerana sudah terdapat kes positif Covid-19 yang langsung tiada hubungan dengan China.

Kata Dr Takeshi, sekiranya berlaku wabak yang meluas, semua pihak perlu memastikan fasiliti kesihatan memfokuskan kepada merawat mereka yang terjejas dan kes yang parah.

Angka kematian akibat wabak ini telah mencecah lebih 1,000 orang dan sudah melepasi kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) iaitu sebanyak 800 mangsa pada November 2002.

ARTIKEL BERKAITAN Covid-19: WHO beri amaran kepada Malaysia dan negara serantau

Artikel Berkaitan: