Masa BN buat dulu kecam, sekarang?

Gambar surat yang dimuat naik Khairy Jamaluddin di laman sosial miliknya.
Gambar surat yang dimuat naik Khairy Jamaluddin di laman sosial miliknya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengusaha stesen minyak di negara ini dikatakan 'dipaksa' memaparkan perbandingan harga bahan api di negara-negara Asean, di premis perniagaan masing-masing.

Ia susulan gambar sepucuk surat yang dimuat naik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Surat bertarikh hari ini itu dihantar Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Muez Abd Aziz kepada pengusaha stesen minyak di bawah Petronas Dagangan Berhad (PDB) mengenai arahan tersebut.

Turut dimuat naik adalah gambar yang memaparkan harga petrol dan diesel seliter bagi negara-negara Asean, antaranya Singapura, Laos, Thailand, Kemboja, Filipina, Vietnam, Indonesia dan Myanmar.

Khairy Jamaluddin berkata, ketika BN membuat perbandingan harga sebelum ini, ramai yang mengecam dan mengatakan ia tidak relevan membandingkan dengan tempat lain.

"Sekarang, semua stesen minyak dipaksa untuk memaparkan harga petrol di negara-negara Asean.

"Cuma saya tak pasti bila Brunei dikeluarkan dari Asean. Ke sengaja tak nak tunjuk harga petrol kat (di) Brunei?," soalnya.

Menerusi perbandingan harga bahan api yang dipaparkan di Facebook bekas Ketua Pemuda Umno itu, harga petrol dan diesel di Malaysia lebih rendah berbanding negara Asean lain.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan mengguna pakai Mekanisme Harga Automatik (APM) secara mingguan sejak awal bulan ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: RON95, 97 turun satu sen, diesel naik]

Berkuat kuasa tengah malam ini hingga 18 Januari ini, harga petron RON97 dan RON95 turun 1 sen seliter, masing-masing menjadi RM2.22 dan RM1.92, manakala harga diesel pula naik 1 sen seliter kepada RM2.05.