KPDNHEP sita 490 tong gas LPG

KPDNHEP Selangor menyita 490 tong gas LPG dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Meru, Klang semalam.
KPDNHEP Selangor menyita 490 tong gas LPG dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Meru, Klang semalam.
A
A
A

KLANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor merampas 490 tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Meru, di sini semalam.

ZIKRIL AZAN
ZIKRIL AZAN

Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi dijalankan pihaknya kira-kira jam 6 pagi hasil maklumat awam dan risikan mendapati premis terbabit gagal memperbaharui lesen yang ditetapkan untuk menyimpan dan menjual barang kawalan tong gas LPG.

"Kita telah merekod keterangan pemilik premis seorang lelaki tempatan berusia 50-an untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, tindakan menyita sebanyak 490 tong gas LPG dibuat membabitkan tong LPG 14 kilogram (kg) (401 tong), tong LPG 12kg (86 tong) dan tong LPG 50kg (tiga tong) selain sebuah lori 3 tan yang dianggarkan jumlah keseluruhan bernilai RM97,422.70.

KPDNHEP Selangor menyita 490 tong gas LPG dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Meru, Klang semalam.
KPDNHEP Selangor menyita 490 tong gas LPG dalam serbuan di sebuah stor di Jalan Meru, Klang semalam.

Katanya, kesemua barang sitaan telah dibawa ke Stor Penyimpanan KPDNHEP untuk tindakan lanjut.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Peraturan 21 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974," katanya.

Artikel Berkaitan: