Allahyarham gigih bekerja: Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menenangkan balu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Basirah Sardiq Muhammad, 49, (kanan) ketika menziarahi keluarga mereka hari ini.
Bakhtiar, 57, yang juga wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira 4.45 pagi akibat serangan jantung.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, pada 3 petang tadi. - Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) menenangkan balu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Basirah Sardiq Muhammad, 49, (kanan) ketika menziarahi keluarga mereka hari ini. Bakhtiar, 57, yang juga wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kajang kira-kira 4.45 pagi akibat serangan jantung.
Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir, pada 3 petang tadi. - Foto Bernama
A
A
A

SEMENYIH - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menziarahi keluarga Adun Semenyih Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor di kediamannya di Kampung Pasir, di sini petang ini.

Dr Wan Azizah bertemu dan menyampaikan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Basirah Sardiq Muhammad, 49, selain turut menyampaikan sumbangan.

"Kita kehilangan lagi seorang Adun di Selangor daripada parti Parti Bersatu dalam usia muda. Saya dengar Yang Berhormat (Allahyarham) seorang yang gigih bekerja dan bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya berharap isteri dan keluarga Allahyarham bersabar dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para solihin apatah lagi meninggal dunia pada hari Jumaat," katanya.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 4.45 pagi tadi akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir di sini, 3 petang tadi.

Pada PRU14 Mei lalu, Bakhtiar memenangi kerusi Dun Semenyih dengan mengalahkan tiga calon lain iaitu Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). -Bernama

Artikel Berkaitan: