Kucing pun pakai topeng muka!

Kucing memakai topeng muka ketika berada di luar rumah. - Foto QQ
Kucing memakai topeng muka ketika berada di luar rumah. - Foto QQ
A
A
A

WUHAN - Pemilik binatang peliharaan mengambil langkah pencegahan awal penularan wabak koronavirus (Covid-19) terhadap haiwan kesayangan mereka dengan menyediakan topeng muka khas.

Mereka berbuat demikian setelah panik apabila dilaporkan haiwan peliharaan mungkin dijangkiti wabak Covid-19.

Menerusi laporan QQ, tular di laman sosial seorang pemilik haiwan membawa keluar kucingnya namun apa yang mencuri perhatian apabila haiwan itu mengenakan topeng muka khas.

Foto itu dimuat naik di aplikasi Weibo menunjukkan kucing itu berada di luar bersama tuannya yang sedang membeli sayuran.

Seekor anjing dibungkus dengan plastik pada keseluruhan badannya ketika keluar menemani tuannya. - Foto QQ
Seekor anjing dibungkus dengan plastik pada keseluruhan badannya ketika keluar menemani tuannya. - Foto QQ

Kucing itu dilihat memakai topeng digunakan doktor ketika membuat pembedahan namun dek kerana muka kucing itu bersaiz kecil, tuannya telah mengubah suai dengan menebuk dua lubang untuk mata si bulus agar bersesuaian dengan muka kucing tersebut.

Ia kelihatan sangat comel!

Artikel Berkaitan:

Netizen lain juga berkongsi foto memaparkan seekor anjing telah dibungkus dengan plastik sebagai pelindung dari terjebak wabak Covid-19, ketika bersiar dengan tuannya.

China Press melaporkan, pemakaian topeng di muka haiwan mendatangkan kurang selesa kepada haiwan tersebut terutama apabila hendak bernafas.

"Tidak ada bukti baharu bahawa kucing dan anjing akan dijangkiti Covid-19 dan pemilik haiwan tidak perlu panik," katanya.