23 kertas siasatan dibuka sebar berita tidak sahih Covid-19

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis membuka satu lagi kertas siasatan berhubung penyebaran berita tidak sahih mengenai jangkitan koronavirus (Covid-19) di media sosial menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah 23 kes.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, kertas siasatan baharu itu melibatkan satu kes di Tumpat, Kelantan.

"Setakat ini, tiga kes telah dituduh di mahkamah masing-masing di Kuala Lumpur, Terengganu dan Sabah," katanya kepada Bernama.

ARTIKEL BERKAITAN: Vaksin koronavirus dijangka siap lebih awal

Covid-19 nama baharu wabak koronavirus: WHO

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi sebarang kenyataan ataupun artikel tidak sahih berkaitan dengan jangkitan Covid-19.

Bermula semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan Covid-19 sebagai nama rasmi bagi virus koronavirus. - Bernama

Artikel Berkaitan: