Suami lacur isteri kepada empat rakan demi hutang RM15

Suspek kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
Suspek kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
A
A
A

BOGOR - Seorang suami tergamak melacurkan isterinya kepada empat rakan di Bogor, Indonesia hanya kerana ingin melangsaikan hutangnya yang hanya berjumlah 50,000 rupiah (RM15).

Lebih menjijikkan, suspek yang berusia 28 tahun itu telah merakamkan perbuatan tersebut di samping mengugut akan memukul isterinya jika enggan melayan permintaan rakannya.

Tindakan itu menyebabkan mangsa terpaksa menuruti permintaan suaminya kerana takut dibelasah lelaki itu, lapor Kompas.com.

Bagaimanapun, suaminya kini telah ditahan pihak polis selepas menerima laporan daripada isterinya yang hanya mahu dikenali sebagai F.

Ketua Polis Bandar Pasuruan Adjutan, Pesuruhjaya Kanan Donny Alexande berkata, suspek mengakui ‘menjual’ isterinya akibat kesempitan wang, di samping mengaku untuk mencari kepuasan seksual.

Menurutnya, suspek turut mengaku merakam perbuatan tidak bermoral itu yang kemudian ditunjukkan kepada rakan lain.

“Jika tidak dituruti, suspek akan bertindak di luar jangkaan dengan memukul isterinya sebelum dilacurkan secara paksa.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek sudah lima kali melacurkan isterinya untuk mendapatkan wang, namun hanya kepada rakan yang dikenali," katanya.

Artikel Berkaitan: