X

Kindly register in order to view this article
!

500 kakitangan hospital di Wuhan dijangkiti Covid-19

Kira-kira 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti Covid-19 pada pertengahan Januari lalu. FOTO: Xinhua
A
A

BEIJING - Kira-kira 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) pada pertengahan Januari lalu.

Kebanyakannya adalah kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin iaitu masing-masing mencatatkan 100 kes dan 50 kes.

Keadaan ini menyebabkan hospital mengalami kekurangan kakitangan di samping menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja hospital mengenai kesihatan masing-masing.

Menurut sumber tidak mahu namanya dikenali berkata, walaupun pihak berkuasa ada melaporkan jangkitan yang berlaku dalam kalangan kakitangan hospital, namun ia tidak merangkumi secara keseluruhan.

"Bahkan, para doktor dan jururawat diminta supaya tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada masyarakat umum.

"Larangan itu bagaimanapun tidak dapat dijelaskan, namun pihak berkuasa sedang meningkatkan moral kakitangan perubatan.

"Lebih-lebih lagi apabila Dr Li Wenliang meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut seminggu selepas menerima amaran daripada pihak polis," lapor South China Morning Post.

Tambahnya, perkara ini membuktikan dan merupakan penanda penting bahawa mudahnya virus itu disebarkan dan boleh menyebabkan risiko kepada hospital.

Sementara itu, seorang doktor di hospital utama di Wuhan yang enggan namanya dikenali berkata, ramai kakitangannya sedih apabila melihat Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) rakan-rakan yang dijangkiti novel Covid-19.

"Kami di sini amat merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutamanya sut bahan berbahaya (Hazmat).

"Kawasan kuarantin yang menempatkan kakitangan perubatan yang sakit ketika ini juga sudah penuh. Terlalu ramai rakan kami yang jatuh sakit kerana tiada perlindungan sepenuhnya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!