Pelakon drama Goblin, Go Soo Jung meninggal dunia

Soo Jung berlakon dalam drama Goblin - Foto: Koreaboo
Soo Jung berlakon dalam drama Goblin - Foto: Koreaboo
A
A
A

PELAKON drama bersiri Goblin, Go Soo Jung meninggal dunia pada 7 Februari lalu.

Bagaimanapun agensinya menerusi Story J Company membuat pengumuman rasmi berita kematian pelakon berusia 25 tahun itu di Koreaboo selepas enam hari pemergiannya hari ini.

Kata pihak berkaitan, Soo Jung merupakan seorang artis yang sangat baik dan peramah.

Mereka juga memaklumkan bahawa proses permakaman bintang Kpop ini telah diadakan secara tertutup pada 9 Februari lalu dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekatnya sahaja.

Menurut sumber, Go Soo Jung memulakan perjalanan dalam dunia seni hiburan Korea Selatan pada 2016 dengan membintangi drama terkenal Goblin.

Menerusi drama tersebut, Soo Jung telah memegang watak sebagai salah seorang hantu yang sering mengikuti watak utama Ji Eun-tak atau nama sebenarnya adalah Kim Go-eun.

Pelakon berbakat besar ini turut membintangi pelakon tambahan dalam drama Solomon’s Perjury pada 2017 dibawah produksi JTBC.

Soo Jung juga sempat menjadi bintang dalam muzik video BTS iaitu With Seoul yang bertujuan untuk mempromosikan lagu mereka di Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: