X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

KDNK 2019 terendah sejak 2009 kerana gangguan komoditi

Nor Shamsiah -Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang 3.6 peratus pada suku keempat 2019 menjadikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh sebanyak 4.3 peratus, terendah sejak krisis kewangan 2009 berikutan gangguan bekalan dalam sektor komoditi, demikian diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

“Pertumbuhan KDNK bagi 2019 akan menjadi lebih tinggi pada 4.7 peratus tanpa gangguan bekalan dalam sektor komoditi,” kata Gabenornya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Pertumbuhan KDNK bagi 2018 pada 4.7 peratus.

Penularan COVID-19 dijangka memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku pertama 2020 bergantung kepada bagaimana virus itu merebak, kata Nor Shamsiah pada sidang media di sini hari ini.

Inflasi keseluruhan adalah rendah sebanyak 1.0 peratus bagi suku keempat 2019 menjadikan kadar inflasi 2019 sebanyak 0.7 peratus.

Beliau berkata, beberapa langkah yang dicadangkan oleh BNM akan diperkenalkan dalam pakej rangsangan COVID-19. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!