Lelaki ditemui mati dalam kereta

Seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya di Taman Sejahtera, Sungai Jarom, Kuala Langat kelmarin.
Seorang lelaki ditemui mati di dalam keretanya di Taman Sejahtera, Sungai Jarom, Kuala Langat kelmarin.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki berusia 38 tahun ditemui mati dalam kereta di Taman Sejahtera, Sungai Jarom di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 5.15 petang.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang tanda atau perlakuan jenayah.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat telah dirujuk ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: