Sembunyi bawah tangga, celah dinding elak dicekup

Sebahagian daripada PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Terengganu, di sini, kelmarin. - Foto: JIM, Terengganu
Sebahagian daripada PATI yang ditahan dalam serbuan di sebuah tapak pembinaan di Kuala Terengganu, di sini, kelmarin. - Foto: JIM, Terengganu
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja sebagai buruh binaan sanggup bersembunyi di bawah tangga, celah dinding dan di tempat yang dirasakan selamat bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa ketika serbuan di sebuah tapak projek di sini kelmarin.

Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu, Malik Zaliman Deraman berkata, operasi sempena Ops Bersepadu (Ops Sapu) yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 2 petang melibatkan seramai 16 anggota yang diketuai oleh Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Muda.

"Dalam operasi tersebut, seramai 38 individu diperiksa termasuk sembilan warga tempatan dan daripada jumlah tersebut, 25 lelaki ditahan kerana melanggar peraturan di bawah Akta Imigresen.

"Jumlah yang ditahan itu terdiri daripada 11 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Indonesia dan 12 lelaki warga Pakistan.

"Kami juga mengeluarkan sebanyak satu Borang 29 (Saman Saksi) kepada majikan atau wakil majikan yang berada dalam premis ketika serbuan dilakukan bagi siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

PATI yang bersembunyi di celah dinding bagi mengelak dicekup pihak berkuasa ketika serbuan di sebuah tapak projek kelmarin. - Foto: Imigresen Terengganu
PATI yang bersembunyi di celah dinding bagi mengelak dicekup pihak berkuasa ketika serbuan di sebuah tapak projek kelmarin. - Foto: Imigresen Terengganu

Jelasnya lagi, pemeriksaan selanjutnya mendapati seramai 19 orang melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial manakala seorang daripada mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih tempoh dan lima orang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana tiada dokumen sah," katanya.

Katanya, semua yang ditahan dihantar ke Depot Imigresen, Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Seorang PATI yang bertindak bersembunyi di bawah tangga bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa. - Foto: Imigresen Terengganu
Seorang PATI yang bertindak bersembunyi di bawah tangga bagi mengelakkan dicekup pihak berkuasa. - Foto: Imigresen Terengganu