Suspek pecah rumah guna kereta mewah diburu

Mohd Yusri memberi penerangan penggunaan pistol pegun kepada para peserta pada Majlis Penutup Kursus Pengendalian Pistol Pegun Siri 2/2018 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
Mohd Yusri memberi penerangan penggunaan pistol pegun kepada para peserta pada Majlis Penutup Kursus Pengendalian Pistol Pegun Siri 2/2018 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.
A
A
A
KUANTAN - Polis kini sedang memburu tiga suspek yang menggunakan kereta mewah bagi memecah masuk tiga buah rumah dan melarikan barang bernilai kira-kira RM150,000 hanya dalam tempoh lima jam sahaja.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya kini sedang menjalankan kerjasama dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Negeri Sembilan, Johor serta Melaka bagi mengenal pasti suspek supaya kes ini dapat diselesaikan.

"Kita sedang mengesan penjenayah dan berkemungkinan suspek kini berada di luar negeri Pahang dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

"Kita telah berjaya mendapat cap jari suspek di rumah yang telah dipecah masuk dan kini sedang mengenal pasti suspek untuk memudahkan pencarian penjenayah,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Penutup Kursus Pengedalian Pistol Pegun Siri 2/2018 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Pahang, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Aziz Salleh, Ketua Cawangan Khas Pahang, Senior Asisten Komisioner Mohd Khalid Ismail, dan Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohamad Noor Yusof Ali.

Dalam kejadian pada 16 November, suspek dipercayai memecah masuk tiga buah rumah di Seri Teruntum, Lorong Alor Akar, dan Jalan Tengku Muhammad antara 12 tengah hari hingga 5 petang.

Kejadian menyebabkan mangsa kehilangan pelbagai barangan berharga milik mangsa dilarikan termasuklah wang tunai, jam tangan, telefon bimbit, komputer riba dan sebuah kereta jenis Mazda CX-5

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata pihaknya telah menerima sebanyak 45 buah unit pistol pegun jenis Electric Shock Gun mod X26 kit advance taser dan 5 buah unit pistol pegun jenis Advanve Taser M-26 Kit.
Artikel Berkaitan:


Menurutnya, penggunaan pistol tersebut merupakan satu inisatif dalam melaksanakan tangkapan dan mengendalikan sesuatu kejadian jenayah dengan meminimumkan risiko yang boleh mendatangkan kecederaan kepada suspek.

"Kursus ini amat penting kepada pihak polis khususnya unit Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan Unit Kereta Peronda (MPV) yang bertindak sebagai first responder dalam apa jua situasi jenayah yang berlaku.

"Kursus ini membolehkan anggota meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam menangani jenayah di samping meningkatkan imej polis," katanya.

Tambahnya, penggunaan pistol pegun ini juga bertepatan dengan peredaran masa setaraf dengan polis luar negara seperti Amerika, Australia, Kanada, Jepun dan Singapura.

Seramai 33 orang anggota polis daripada seluruh negeri telah mengikuti kursus siri 2 ini yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 November.