Abim gesa Bob Manolan tarik balik ugutan

Bob Manolan
Bob Manolan
A
A
A

PUTRAJAYA - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menasihatkan Senator PKR, Bob Manolan Mohd supaya menarik balik ugutan yang dibuat terhadap pengundi PRK Cameron Highlands kerana ia bercanggah dengan prinsip undang-undang.

Setiausaha Agungnya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ugutan dan janji imbuhan itu secara langsung memberi manfaat kepada individu pengundi secara spesifik.

Beliau memberikan reaksi berhubung peringatan yang dibuat Bob Manolan kepada ketua-ketua kampung Orang Asli atau tok batin di Cameron Highlands yang mungkin kehilangan gaji dan jawatan mereka jika tidak mengundi Kerajaan Persekutuan pada PRK Parlimen itu 26 Januari ini.

"Memandangakan imbuhan yang dijanjikan secara spesifik diberikan atas nama individu pengundi, maka ia jelas bersalahan dari segi undang-undang,"ujarnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar mahu Bob Manolan beri penjelasan]

Mohd Faisal sebelum ini pernah menulis berkaitan 'caretaker government' iaitu penjelasan daripada mahkamah secara umum mengenai janji pilihan raya

"Mana-mana janji pilihan raya yang tidak membawa kepada manfaat seseorang individu secara spesifik sebaliknya memberi kebaikan dan manfaat kepada keseluruhan pengundi adalah janji yang tidak dikira rasuah.

"Maka ia dalam kes PRK Cameron Highlands memandangkan imbuhan yang dijanjikan secara spesifik diberikan atas nama individu pengundi iaitu tok batin, maka ia jelas bersalahan dari segi undang-undang," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, daripada kenyataan tersebut terdapat ancaman yang jelas daripada kerajaan yang memerintah untuk menggunakan pengaruh dan kuasanya untuk tidak melaksanakan imbuhan yang dijanjikan jika parti pemerintah tidak dipilih maka ia dikira sebagai rasuah dan satu kesalahan.

"Tarik semula ugutan sebegini dan sekiranya ingkar tidak mustahil mahkamah atas nama kesaksamaan undang-undang akan membatalkan kemenangan calon PH jika mereka memenangi PRK ini," tegasnya.