Venezuela mahu saman AS

Nicolas Maduro. - Foto Agensi
Nicolas Maduro. - Foto Agensi
A
A
A

CARCAS - Presiden Venezuela, Nicolas Maduro akan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap kerajaan Amerika Syarikat (AS) kerana menjejaskan ekonomi menerusi sekatan unilateralnya kepada syarikat penerbangan utama negara itu, Conviasa.

"Kami akan menyediakan saman dengan segera. Venezuela akan menegakkan keadilan di mahkamah antarabangsa.

"Kami akan menuntut keadilan terhadap kerajaan Presiden Donald Trump untuk segala kemusnahan yang telah dilakukan. Saya minta sokongan semua pihak untuk tuntutan antarabangsa ini," tegasnya seperti dilaporkan Press TV.

Beliau turut membidas pembangkang Juan Guaido dengan berkata, "Guaido adalah individu yang bertanggungjawab secara langsung untuk sekatan itu."

Kenyataan Maduro dibuat selepas Jabatan Perbendaharaan AS mengenakan sekatan terhadap Conviasa dan mendakwa ia digunakan untuk memindahkan pegawai rasuah di seluruh dunia.

Sebelum ini, AS telah mengenakan beberapa pusingan sekatan terhadap Venezuela selain cuba menggulingkan Maduro dan menggantikannya dengan Guaido yang mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden sementara tahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: