Pengarah syarikat ditahan jual pewangi tiruan

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur Ariffin Samsudin (tengah) bersama pegawai dan anggotanya menunjukkan sebahagian daripada 5,755 unit barangan tiruan yang terdiri daripada pewangi, losyen dan barang mandian jenama Victoria's Secret bernilai RM100,046 yang dirampas dalam Ops Jeriji pada sidang media hari ini.--fotoBERNAMA

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat bersama pekerjanya lelaki warga Pakistan ditahan kerana disyaki menjual pewangi, losyen dan sabun mandian tiruan di premis sebuah pusat membeli belah di Jalan Gelugor di sini tengah hari semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pejabat Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata, turut ditahan tiga lelaki termasuk dua warga asing dan seorang wanita warga Indonesia kerana melakukan kesalahan yang sama di dua premis.

Beliau berkata dalam serbuan yang bermula jam 12 tengah hari itu, pihaknya merampas 5,755 barang disyaki tiruan yang terdiri daripada pewangi, losen dan mandian jenama terkenal, yang dianggarkan bernilai RM100,046.

Ketua Unit Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur Ahmad Wildan Mat Hussin (kiri) bersama Ketua Unit Ekshibit KPDNHEP Kuala Lumpur Mohd Juhari Abdullah menyusun sebahagian daripada 5,755 unit barangan tiruan yang terdiri daripada pewangi, losyen dan barang mandian jenama Victoria's Secret bernilai RM100,046 yang dirampas dalam Ops Jeriji dipamerkan pada sidang media hari ini.-fotoBERNAMA

"Pemeriksaan mendapati premis ini menawarkan barangan tiruan kepada pengguna dengan harga serendah RM15 hingga RM30 berbanding harga asal yang mencecah RM100 tiap satu.

"Hasil serbuan ini, tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 102 (1)(b) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu menjual atau menawarkan atau mendedahkan bagi jualan apa-apa barang yang suatu cap dagangan didaftarkan dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 akta yang sama," katanya pada sidang media di stor KPDNHEP Kuala Lumpur di sini.

Ariffin berkata, satu daripada tiga premis itu pernah diserbu sebelum ini, membabitkan kes sama beberapa tahun lepas.

Beliau berkata, pengarah syarikat berusia 43 tahun itu ditahan reman empat hari manakala lima individu berusia lingkungan 23 hingga 44 tahun termasuk wanita berusia 50 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: