Parti pimpinan Arvind Kejriwal sekali lagi tadbir New Delhi

Arvind Kejriwal. Foto: Hindustan Times (HT)
Arvind Kejriwal. Foto: Hindustan Times (HT)
A
A
A

NEW DELHI - Pengundi di bandar raya New Delhi sekali lagi memberi kepercayaan kepada parti pimpinan Ketua Menteri, Arvind Kejriwal untuk mentadbir bagi tempoh lima tahun lagi walaupun terdapat percubaan untuk menyingkirkannya oleh Parti Bharatiya Janata (BJP).

Berdasarkan keputusan terkini pada Isnin, Parti Aam Aadmi (AAP) mendahului di 59 kawasan untuk memperoleh majoriti besar dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Delhi yang mempunyai 70 kerusi.

AAP mempunyai 67 ahli Parlimen dan kerusi yang gagal dimenanginya berjaya dirampas BJP, parti pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Parti Kongres gagal memenangi sebarang kerusi sama seperti pilihan raya DUN pada 2015.

Kira-kira 14 juta orang layak mengundi dan jumlah keluar mengundi sebanyak 62 peratus.

Dalam ucapan sempena kejayaan itu, Kejriwal dan rakan-rakannya akan menumpukan perhatian mengenai isu pendidikan, pengangkutan, kemudahan perubatan dan bekalan air, menyediakan bekalan tenaga elektrik yang murah serta mengurangkan pencemaran udara.

Kekalahan di New Delhi merupakan yang ketiga untuk BJP selepas tewas di Maharashtra dan Jharkhand tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: