X

Kindly register in order to view this article
!

Audit MAPS akan didedahkan: MB Perak

Ahmad Faizal (tengah) menghadiri Majlis Amanat Tahun Baru 2020 bersama warga kerja PPPNP di Pusat Konvensyen Amanjaya hari ini.
A
A

IPOH - Laporan audit Taman Tema Movie Animation Park Studio (MAPS) akan diketahui seawal April ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, laporan audit forensik yang dikendalikan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak telah disiapkan dan masih dalam penelitian.

“Sekiranya anda masih ingat, pihak PAC Dewan Undangan Negeri (DUN), kita telah membuka satu audit forensik dan ianya telah disiapkan.

“Saya percaya pihak Speaker DUN sedang meneliti perkara tersebut dan saya percaya akan diumumkan jika dibenarkan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) ditemui selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2020 bersama warga kerja PPPNP di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Yahanis Yahya.

Ahmad Faizal turut menasihatkan rakyat untuk tidak membuat spekulasi dan fakta tidak tepat berkaitan MAPS di laman sosial.

“Saya sendiri tidak selesa apabila ramai pihak tuduh menuduh termasuk bekas menteri besar kononnya mencuri wang dan sebagainya.

“Saya kira dalam usaha yang cuba kita lakukan adalah bagaimana kita nak selamatkan MAPS, selesaikan masalah hutang dan pastikan pekerja mendapat pampasan yang sewajarnya, bab ini janganlah tuduh menuduh,” katanya.

Katanya, pihaknya pasti membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya laporan audit mendedahkan terdapat sebarang bentuk salah laku.

“Kita dah buat audit jadi kita tunggu. Kalau kita nampak ada salah laku maka laporan akan dibuat kepada pihak berwajib.

“Yang penting, saya harap rakyat jangan sebarkan perkara yang belum pasti dan tidak tepat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Syarikat dari China minat ambil alih MAPS


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf