Awal Ashaari kongsi insiden memalukan

Awal Ashaari
Awal Ashaari
A
A
A

PENGACARA dan pelakon, Awal Ashaari mendedahkan insiden yang memalukan buatnya ketika menjadi pengacara majlis resepsi Elfira Loy yang berlangsung minggu lalu.

Menurut suami kepada pelakon dan pengacara, Scha AlYahya ini, dia beranggapan memakai sut tuksedo hitam, namun yang berlaku adalah sebaliknya.

"Ini adalah antara moment buta warna yang tak dapat dimaafkan!

"Saya menjadi pengacara majlis Elfira dan Faris beberapa hari lalu dan saya ingatkan sut yang saya pakai berwarna hitam untuk majlis berkenaan.

"Tapi bila lihat semula gambar, baru saya perasan seluar tuksedo itu adalah biru bersama jaket hitam.

"Omg (Oh My God) tak boleh terima lah! Tolonglahh jangan ingat ni pesen baru! Malunyaaaaaaaa!" tulisnya di Instagram.

Awal Ashaari
Awal Ashaari

Lebih lucu, Awal juga turut berseloroh menyalahkan pembantu peribadinya yang juga mungkin buta warna kerana salah menghulur pakaian berlainan warna.

Artikel Berkaitan:

"PA pun rabun warna lah kot. Dia yang hulurkan baju ni," katanya.