Tiga pekerja kilang sesak nafas terhidu gas bocor

Pekerja yang mengalami sesak nafas akibat kebocoran gas di sebuah kilang di Kluang dibawa ke Hospital Kluang bagi mendapatkan rawatan.
Pekerja yang mengalami sesak nafas akibat kebocoran gas di sebuah kilang di Kluang dibawa ke Hospital Kluang bagi mendapatkan rawatan.
A
A
A

KLUANG - Tiga pekerja di sebuah kilang di Jalan Mahsuri 1, Kluang di sini dikejarkan ke Hospital Kluang selepas mengalami sesak nafas berikutan berlaku kebocoran gas di kilang tersebut kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Kanan II, Zulbahrine Talib berkata, seramai 14 anggota dikejarkan ke kilang terbabit sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut.

"Kita dapati berlaku kebocoran gas jenis asid nitrik pada tangki simpanan dan berjaya dikawal oleh pihak penyelenggara kilang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan kilang yang mengalami kebocoran gas di Kluang petang tadi.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan kilang yang mengalami kebocoran gas di Kluang petang tadi.

Zulbahrine berkata, tiga mangsa yang mengalami sesak nafas berusia lingkungan 30-an dihantar ke Hospital Kluang bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Terdahulu tular menerusi aplikasi WhatApps mendakwa kononnya terdapat ramai pekerja yang pengsan akibat terhidu gas akibat kebocoran yang berlaku.

Artikel Berkaitan: