Pandai matematik, boleh singgah di kedai ini...

Gelagat seorang pelanggan mengambil barangan secara percuma dalam tempoh lima saat diberikan oleh Alwan. - Foto Instagram Alwan
Gelagat seorang pelanggan mengambil barangan secara percuma dalam tempoh lima saat diberikan oleh Alwan. - Foto Instagram Alwan
A
A
A

NEW YORK - Hanya perlu selesaikan soalan matematik, pelanggan boleh mengambil apa juga barang secara percuma di dalam kedai serbaneka dalam tempoh lima saat.

Itu promosi yang dilakukan oleh peniaga dikenali Alwan di sini.

Alwan memberitahu CNN bahawa dia mahu membantu orang ramai.

"Saya mahu keseronokan, jadi saya mempromosikannya melalui aplikasi TikTok dan memberi cabaran kepada pelanggan dengan menyoal soalan matematik.

"Ini cara untuk menghiburkan dan mendidik orang ramai sambil mengukir senyuman di wajah mereka." katanya.

Alwan (kiri) bersama adiknya di kedai serbaneka miliknya. - Foto Instagram Alwan
Alwan (kiri) bersama adiknya di kedai serbaneka miliknya. - Foto Instagram Alwan

Artikel Berkaitan:

Perkongsian video di TikTok itu menarik perhatian netizen hingga tular di laman sosial termasuk Twitter, Facebook dan Instagram.

Alwan terus menjadi popular selepas memperoleh lebih daripada 300,000 pengikut di TikTok dan 22,800 di Instagram sehingga jam 3 petang hari ini.

Alwan melalui videonya bertanyakan beberapa soalan matematik mudah kepada pelanggannya seperti, 5 darab 5 atau 9 darab 9 tolak 5.

Mereka yang menjawab dengan betul hanya ada lima saat untuk merebut peluang mengambil barangan di dalam kedai sebelum meletakkan di kaunter pembayaran.

Jadi, tidak kira berapa banyak yang mereka ambil atau berapa harga barang itu, nilainya tetap sama iaitu kosong.