Kapal kargo bawa penumpang tanpa kebenaran ditahan

Kapal kargo yang ditahan selepas didapati membawa 17 penumpang tanpa kebenaran pada kedudukan tiga batu nautika timur laut Pulau Pangkor dekat Lumut semalam.
Kapal kargo yang ditahan selepas didapati membawa 17 penumpang tanpa kebenaran pada kedudukan tiga batu nautika timur laut Pulau Pangkor dekat Lumut semalam.
A
A
A

LUMUT - Sebuah kapal kargo yang membawa 17 penumpang tanpa kebenaran ditahan pada kedudukan tiga batu nautika timur laut Pulau Pangkor dekat Lumut semalam.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, kapal kargo berkenaan dipercayai keluar dari jeti kargo Kampung Acheh, Sitiawan dan menuju ke Pulau Pangkor dengan membawa sekumpulan penumpang tempatan berusia antara 21 hingga 46 tahun.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal berkenaan hanya boleh digunakan untuk mengangkut barang atau kenderaan sahaja dan tidak boleh membawa penumpang.

"Kapal bersama tiga kru dan penumpang itu kemudian dibawa ke Pusat Tahanan Vesel, Kampung Acheh untuk siasatan lanjut mengikut Peraturan Bot 1953," katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mahu ke Pulau Pangkor sewajarnya peka terhadap keselamatan diri dengan memilih jenis kenderaan laut yang sah digunakan.

"Semua pengusaha bot perniagaan, pelancongan atau persendirian juga diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: