Pemilik bengkel rugi, tiga kereta pelanggan terbakar

Seorang pemilik bengkel kerugian selepas tiga kereta milik pelanggannya terbakar dalam kejadian di Jalan Jalil Perkasa 15 Taman Esplanade malam tadi.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah bengkel di sini kerugian selepas tiga kereta milik pelanggannya terbakar dalam kejadian di Jalan Jalil Perkasa 15 Taman Esplanade di sini malam tadi.

Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalailudin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian kira-kira jam 11.11 malam.

"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan tiga kereta jenis BMW di dalam bengkel tersebut dan kemusnahan dianggarkan 40 peratus," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Seorang pemilik bengkel kerugian selepas tiga kereta milik pelanggannya terbakar dalam kejadian di Jalan Jalil Perkasa 15 Taman Esplanade malam tadi.
Seorang pemilik bengkel kerugian selepas tiga kereta milik pelanggannya terbakar dalam kejadian di Jalan Jalil Perkasa 15 Taman Esplanade malam tadi.

Artikel Berkaitan: