Bekas ejen insurans didakwa pecah amanah

Tertuduh semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
Tertuduh semasa dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bekas ejen insurans hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban atas tuduhan melakukan pecah amanah lebih RM47,000 pada 2014.

Tertuduh, She Teik Hooi, 65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Diana Md Razali.

Menurut fakta kes, pada 2013, tertuduh berurusan dengan pengadu yang mahu membeli polisi insurans untuk dirinya dan isteri.

Pengadu telah membeli dua polisi dengan ansuran bulanan berjumlah RM785.

Bagaimanapun, pada April 2016, tertuduh menghubungi pengadu dan meminta memperbaharui polisi insurans pada harga baharu yang berjumlah RM860 dan meminta membuat pembayaran di tiga nombor akaun berbeza.

Pengadu dan isteri kemudian membuat semakan dengan syarikat insurans tersebut pada Oktober 2019, tetapi mendapati polisi mereka ditamatkan kerana tidak menerima bayaran premium bulanan.

Pengadu cuba mendapatkan semakan dengan ejen tetapi gagal, namun siasatan polis mendapati tertuduh mengaku tiga akaun yang digunakan adalah milik isteri dan dua anaknya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nur'atiqah Sapari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan:

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 18 Mac ini.