Wanita maut dibaham buaya peliharaan

Mayat mangsa berjaya ditarik keluar dari kolam buaya tersebut.
Mayat mangsa berjaya ditarik keluar dari kolam buaya tersebut.
A
A
A

MANADO - INDONESIA. Seorang wanita meninggal dunia selepas dibaham buaya peliharaan majikannya dalam kejadian di Sulawesi Utara, hari ini.

Kejadian ngeri itu berlaku di Desa Ranowangko kira-kira jam 8.30 pagi (waktu tempatan).

Polis berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Deisy Tuwo, 44, dan mayatnya ditemui rakan sekerja yang menyedari kehilangannya beberapa jam sebelum itu.

"Mayat mangsa tidak lengkap. Kami mengambil masa yang agak lama untuk membawa mayat keluar kerana buaya berkenaan enggan melepaskan gigitannya," kata Ketua Polis Tomohon, Asisten Komisioner Raswin Sirait.

Tambahnya, polis masih menyiasat kejadian tersebut.

Katanya lagi, polis juga sedang meneliti sekiranya majikan wanita tersebut mempunyai permit untuk menyimpan buaya berkenaan.

"Jika tiada permit, pemilik buaya ini akan ditahan," katanya.

Difahamkan, majikan wanita tersebut merupakan rakyat Jepun dan berada di luar kawasan semasa kejadian berlaku. - Agensi

Artikel Berkaitan: