Pukat hantu punca penyu mati

Kakitangan Jabatan Perikanan Pahang menunjukkan pukat hantu yang menjadi punca kepada kematian penyu agar setiap tahun. - Foto Jabatan Perikanan Pahang
Kakitangan Jabatan Perikanan Pahang menunjukkan pukat hantu yang menjadi punca kepada kematian penyu agar setiap tahun. - Foto Jabatan Perikanan Pahang
A
A
A

KUANTAN - Pukat hantu dikatakan menjadi ancaman utama kepada hidupan laut di perairan Pulau Tioman terutama penyu.

Pegawai Perikanan Jabatan Perikanan Pahang Cawangan Taman Laut dan Sumber, Mohamad Anuar Roslan berkata, hampir setiap tahun terdapat kes kematian reptilia itu.

"Berdasarkan rekod terdapat dua penyu dewasa jenis agar mati akibat tersangkut pada pukat itu tahun lalu.

"Pukat hantu wujud kerana nelayan yang membuang pukat hanyut dan pukat tunda yang terkoyak ke dalam laut. Istilah ini digunakan jabatan perikanan dan agensi lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Anuar berkata, penyu yang mencari makan di kawasan banyak terdapat batu karang menjadi tempat ikan membiak mungkin terperangkap dalam pukat hantu yang berkumpul di kawasan itu.

Kakitangan Jabatan Perikanan Pahang melihat pukat hantu yang berada di perairan Pulai Toiman telah dipungut penyelam tempatan. - Foto Jabatan Perikanan Pahang
Kakitangan Jabatan Perikanan Pahang melihat pukat hantu yang berada di perairan Pulai Toiman telah dipungut penyelam tempatan. - Foto Jabatan Perikanan Pahang

Beliau yang bertanggungjawab menguruskan Taman Laut Pulau Tioman berkata, sepanjang tahun usaha memusnahkan pukat hantu dilakukan bersama beberapa agensi yang mengusahakan aktiviti menyelam untuk pelancong di pulau peranginan bertaraf antarabangsa itu.

"Pulau Tioman ada kawasan terumbu karang yang menarik namun kalau tiada usaha untuk membuang pukat hantu ini secara serius dan berterusan boleh memusnahkan pada batu karang termasuk hidupan laut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setiap tahun jabatan berkenaan mengadakan kempen kesedaran terhadap bahaya pukat hantu bagi memastikan nelayan tidak bertindak membuang pukat mereka ke dalam laut.