UniSZA, MTM jalin kerjasama dalam bidang akuakultur

Dr Hassan Basri (dua dari kiri) dan wakil MTM menunjukkan MoU yang ditandatangani untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang akuakultur.
Dr Hassan Basri (dua dari kiri) dan wakil MTM menunjukkan MoU yang ditandatangani untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang akuakultur.
A
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat tempatan, Micronutrients Technologies Malaysia Sdn Bhd (MTM) bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang akuakultur.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, kerjasama itu akan melibatkan aktiviti pelajar dan kakitangan membabitkan beberapa projek termasuk pembiakan tilapia serta kajian sains akuatik.

“Melalui MoU ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama mengusahakan 12 hektar tanah di UniSZA kampus Besut bagi memajukan bidang akuakultur ini.

“MTM juga menyatakan komitmen dalam memberi peluang kepada pelajar Fakulti Biosumber Industri Makanan (FBIM) untuk membuat Latihan Industri serta menawarkan pekerjaan kepada graduan di sana," katanya selepas MoU itu di UniSZA semalam.

Pada majlis itu, UniSZA diwakili oleh Naib Canselor dan Pendaftar, Ismail Ahmad manakala MTM diwakili Ketua Pegawai Teknikal, Terry Goh dan Ketua Pengarah Eksekutif, Dato Alex E.E. Lye Dean.

MTM merupakan syarikat berdaftar di Malaysia bermatlamat untuk membiakkan Gred C ke Gred A Tilapia secara tempatan dan berkembang di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan: