Keputusan STAM diumum 17 Januari ini

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Keputusan bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 akan diumumkan pada Khamis ini, 17 Januari 2019.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

"Kesemua calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2018 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 17 Januari 2019 dan akan ditamatkan pada jam 6 petang, 23 Januari 2019.

"Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan di laman sesawang sppat.moe.gov.my/semakan," kata kenyataan itu.

Bagi peperiksaan STAM 2018, seramai 10,078 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan di 257 pusat peperiksaan.

Daripada jumlah itu, seramai 2,724 (27 peratus) adalah calon daripada sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, 4,896 (48.6 peratus) adalah calon sekolah menengah agama negeri dan 851 (8.4 peratus) calon sekolah menengah agama rakyat.

Selebihnya pula, 1,428 (14.2 peratus) adalah calon persendirian, 57 (0.6 peratus) sekolah menengah swasta yang berdaftar dengan KPM dan 122 (1.2 peratus) adalah calon luar negara (Kemboja) yang berdaftar dengan KPM.

Artikel Berkaitan: