Lebih sedekad kongsi katil dengan mayat isteri

Le Van dianggap gila kerana tidur dengan mayat isteri yang diawet selama hampir 17 tahun.
Le Van dianggap gila kerana tidur dengan mayat isteri yang diawet selama hampir 17 tahun.
A
A
A

HANOI - Gara-gara terlalu sayang, seorang lelaki di Vietnam sanggup menggali kubur isteri tercinta, memasukkan mayatnya ke dalam plaster dan tidur dengan mayat tersebut setiap malam selama hampir 17 tahun.

Kisah Le Van, 66, dari wilayah Quang Nam pernah mendapat perhatian media dan pihak berkuasa pada 2009, namun kebanyakan orang berpendapat ia hanya cerita yang direka dan sengaja disensasikan.

Namun sehingga ke hari ini, Le Van masih berkongsi katil dengan mendiang isterinya tanpa mempedulikan nasihat ahli keluarga lain, jiran tetangga termasuk polis.

Malah, anak-anaknya juga ‘menyerah kalah’ dengan kedegilan bapa mereka.

Isteri Le Van meninggal dunia pada 2003 dan lelaki itu pernah tidur di sini pusaranya selama 22 bulan, sebelum mengambil keputusan menggali keluar mayat mendiang dan membawanya pulang ke rumah.

Biarpun berkerusi roda sejak dua tahun lalu, Le Van tetap menguruskan isterinya setiap hari seperti membelikannya baju baru dan alat solek.

“Semasa hayatnya, dia tidak pernah memakai baju yang mahal dan cantik. Jadi, saya menunaikan hasratnya sekarang.

“Orang anggap saya gila kerana menguruskan mayat, tetapi saya yakin isteri masih bersama saya.

Artikel Berkaitan:

“Saya akan terus tidur di sisinya sehingga saya mati,” katanya. - Agensi