Perubahan iklim akibatkan kekurangan salji di Sapporo

Pengajur festival salji Sapporo terpaksa membawa masuk salji dari bandar jauh bagi meneruskan acara itu. -Foto jrailpass
Pengajur festival salji Sapporo terpaksa membawa masuk salji dari bandar jauh bagi meneruskan acara itu. -Foto jrailpass
A
A
A

SAPPORO - Puluhan ribu pelancong akan membanjiri festival salji yang mempamerkan kira-kira 200 arca ais bersaiz besar di Sapporo, Jepun setiap tahun.

Bagaimanapun, berikutan suhu tinggi akibat perubahan iklim pada tahun ini, tiada salji turun menyebabkan pihak penganjur terpaksa membawa masuk salji dari tempat lain bagi meneruskan acara itu, lapor AFP yang memetik sumber berkata.

Pegawai festival tersebut, Yumato Sato berkata, tahun ini pihaknya amat terkejut kerana ini kali pertama dalam sejarah kekurangan salji telah berlaku di Sapporo.

“Kekurangan salji tidak pernah berlaku sebelum ini. Lazimnya, kami akan menggunakan 30,000 tan salji untuk penghasilan pelbagai arca, termasuk watak animasi.

“Namun tahun ini, kami terpaksa membawa masuk salji dari tempat lain yang kami tidak pernah pergi sebelum ini seperti Niseko, sebuah bandar terkenal dengan acara ski terletak kira-kira 60 kilometer dari Sapporo,” katanya.

Bukan itu saja, Sato juga memberitahu bahawa pihak mereka memerlukan salji yang bersih bagi menghasilkan arca yang berkualiti.

“Salji berkenaan perlu bersih, jika tidak arca boleh pecah. Kami hampir tidak berjaya memperoleh salji yang mencukupi untuk membuat arca,” katanya.

Sementara itu, menurut Weathernews dalam satu kenyataannya memberitahu, jumlah taburan salji yang rendah di Jepun, tahun ini, menyebabkan banyak resort ski tidak dapat beroperasi.

Artikel Berkaitan:

"Disebabkan permasalahan ini, satu perempat daripada 400 resort di sini tidak dapat beroperasi," katanya.