Drama Band mohon maaf persembahan kontroversi

Antara babak dalam persembahan Drama Band yang menimbulkan kontroversi.
Antara babak dalam persembahan Drama Band yang menimbulkan kontroversi.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) di Bukit Jalil malam tadi.

Permohonan maaf tersebut dibuat menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya hari ini.

"Maafkan kami atas salah silap kami. Kepada yang tersinggung, ampunkan kami. Hanya jalan cerita kehidupan yang kadangkala warnanya tidak kita gemar," tulisnya.

Tampil dengan gimik badut ketika mempersembahkan lagu Drama, kumpulan itu antaranya meniru dialog dalam rakaman audio didedahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya dalam kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada 8 Januari lalu.

Drama Band memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di pentas AJL 34 malam tadi.
Drama Band memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan persembahan mereka di pentas AJL 34 malam tadi.

Artikel Berkaitan:

Kemudian, muncul dua watak badut, seorang individu lelaki berpakaian korporat dan seorang lagi wanita yang berbaju kurung sambil membawa beberapa beg tangan berjalan di karpet merah.

Kedua-dua watak yang ditonjolkan itu dipercayai menyerupai Najib dan Rosmah.

Mereka diiringi beberapa watak badut lain di pentas.

Sambil berjalan, wanita tersebut bercakap: “Can I advise you something.”

Ungkapan itu sinonim dengan rakaman audio yang didedahkan SPRM sebelum ini.

Drama Band turut mengisi pentas mereka dengan mempersembahkan adegan kontroversi membabitkan seorang peserta Dewi Remaja yang dilucutkan gelaran juaranya selepas berhibur di kelab malam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] SPRM bongkar audio konspirasi jenayah libatkan Najib, Rosmah

Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee ditarik balik

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak memaklumkan akan memanggil kumpulan itu untuk mendengar penjelasan mereka.