Melaka teruskan Operasi Pembenihan Awan kali kedua hari ini

Mohd Sofi ketika melihat persediaan sebelum OPA dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam di sini semalam.
Mohd Sofi ketika melihat persediaan sebelum OPA dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam di sini semalam.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka akan meneruskan Operasi Pembenihan Awan (OPA) kali kedua hari ini.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab, berkata, walaupun hujan, namun jumlah taburan di kawasan empangan dan tadahan air masih tidak memuaskan kerana hujan lebat tidak menyeluruh dan kebanyakan berlaku di kawasan laut.

Menurutnya, OPA kali kedua dilakukan bagi menambah kapasiti air di empangan dengan menyasarkan kawasan Sungai Batang Melaka, Empangan Jus dan juga kawasan tadahan air di daerah Alor Gajah.

Katanya, antara cabaran dihadapi pasukan OPA adalah kesukaran mencari awan sesuai kerana bergantung sepenuhnya dengan kestabilan atmosfera serta cuaca termasuk kandungan wap air yang banyak di udara.

"Jadi kita akan meneruskan OPA pada hari ini dengan mengambil masa kira-kira dua jam berdasarkan cadangan dan nasihat dari Jabatan Meteorologi bergantung kepada keadaan awan dan angin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Mohd Sofi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal turut berharap OPA hari ini berjaya berbanding semalam dari segi taburan hujan dan lokasi hujan.

"Saya berharap rakyat negeri ini bersama-sama mendoakan kejayaan ini dan bertawakal kepada ALLAH SWT setelah kita berusaha dengan semaksima mungkin insya-ALLAH," katanya.

Semalam, kerajaan negeri melalui Badan Kawal Selia Air (BKSA) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) selama dua jam menggunakan pesawat ringan jenis Cessa 340 A yang turut disertai Pegawai Jabatan Meteorologi Melaka.

Artikel Berkaitan: