Pecah amanah: Pejabat HRDF diserbu, dokumen dirampas

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menyerbu ibu pejabat Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF) di Bukit Damansara, di sini, berhubung siasatan kes pecah amanah dan salah guna kuasa membabitkan lembaga pengarah terdahulu.

Serbuan kira-kira jam 10 pagi tadi dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, polis telah menerima dua laporan polis yang dibuat pihak HRDF.

“Beberapa dokumen telah dirampas bagi membantu siasatan kita.

“Polis akan memanggil beberapa individu untuk dirakam keterangan bagi bantu siasatan. Biar polis jalankan siasatan dulu, kita akan lihat satu demi satu perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

November tahun lalu, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran mendedahkan wujud penyelewengan dana disatukan dan salah guna kuasa dalam pengurusan lama Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Susulan itu, laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi HRDF.

Artikel Berkaitan:

“Selain penyelewengan dana, beberapa salah guna kuasa pengurusan terdahulu turut dikesan, dipercayai melanggar Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001.

Jelasnya lagi, perkara itu diketahui selepas laporan Jawatankuasa Pemantauan Tadbir Urus (GOC) terhadap HDRF,” kata Kula Segaran.