Kononnya nak bantu keluarkan duit, rupa-rupanya...

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUANTAN - Niat baik seorang lelaki membantu wanita yang mengalami masalah untuk mengeluarkan wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) rupa-rupanya hanya helah untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, ketika kejadian semalam, wanita berusia 59 tahun itu gagal mengeluarkan wang di mesin ATM sebuah pusat hiburan di Genting Highlands disebabkan jumlah pengeluaran melebihi had didatangi lelaki itu yang menawarkan bantuan untuk membantunya.

"Mangsa menyerahkan kad bank dan nombor pin kepada lelaki tersebut untuk membantunya mengeluarkan wang, namun usaha lelaki itu juga tidak berjaya.

"Lelaki tersebut kemudiannya mencadangkan supaya mangsa memindahkan wang yang ingin dikeluarkan ke akaun banknya dan dia akan membantu mengeluarkan wang itu dan menyerahkannya kepada mangsa," kata Mohd Wazir.

Mangsa kemudian memindahkan RM500 ke akaun suspek dengan bantuan anaknya.

"Selepas wang dipindahkan, lelaki itu gagal menyerahkan kembali wang tersebut kepada mangsa. Mangsa kemudiannya membuat laporan polis semalam dan sehingga tempoh itu, mangsa gagal mendapatkan semula wangnya," katanya.

Mohd Wazir berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: