X

Kindly register in order to view this article
!

Singapura: Tiga kes baharu koronavirus, empat lagi dibenarkan pulang

Gambar hiasan.
A
A

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan tiga lagi kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di republik itu, menjadikan keseluruhannya kepada 43 kes.

Dalam maklumat terkini, MOH juga menyatakan empat lagi kes yang disahkan telah dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan jumlah yang telah pulih sepenuhnya kepada enam.

Menurut kementerian itu, satu daripada kes positif yang baharu itu melibatkan seorang rakyat Bangladesh berusia 39 tahun, seorang pemegang Pas Pekerja Singapura dan tiada rekod ke China baru-baru ini.

Katanya, pada masa ini beliau ditempatkan dalam bilik isolasi di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH menyatakan lelaki itu telah ke pusat membeli-belah Mustafa Centre dan tinggal di asrama The Leo di 25 Kaki Bukit Road.

Dua kes baharu lagi melibatkan warga Singapura yang tidak pernah ke China baru-baru ini tetapi salah seorang daripada mereka berada di Malaysia pada 26 Januari.

Keadaan terkini mengenai pesakit kes yang disahkan, MOH berkata, 37 mereka yang masih di hospital, kebanyakan dalam keadaan yang stabil atau beransur pulih.

Bagaimanapun katanya, enam dalam keadaan kritikal di pusat rawatan rapi. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!