Dua tentera AS maut serangan tembakan di Afghanistan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

KABUL - Sekurang-kurangnya dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh, manakala enam yang lain cedera selepas seorang individu memakai pakaian seragam tentera Afghanistan bersenjatakan mesingan melepaskan tembakan di sebuah pangkalan tentera.

Tentera AS mengesahkan kejadian itu berlaku di wilayah Nangarhar di timur negara tersebut semalam ketika komando AS dan Afghanistan sedang melakukan komunikasi sosial di pangkalan terbabit yang terletak di daerah Sherzad.

“Kami masih mengumpulkan maklumat untuk mengetahui motif serangan tersebut,” kata jurucakap tentera AS-Afghanistan, Sonny Leggett hari ini.

Sementara itu, anggota Majlis Wilayah Nangarhar, Ajmal Omer mengesahkan suspek turut maut ditembak, namun tidak memberikan butiran lanjut tentang identitinya.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan tersebut.

Tahun 2019 merupakan tahun paling berdarah buat pasukan tentera AS di Afghanistan sejak operasi tempur yang dilancarkan untuk memerangi kumpulan militan berakhir pada akhir 2014 yang menyaksikan beberapa siri serangan ganas menyasarkan pasukan keselamatan. - AFP

Artikel Berkaitan: