Koronavirus: Ribuan haiwan peliharaan di Wuhan diancam kebuluran

Sekatan pergerakan keluar masuk di Wuhan, China susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya. - Foto: Wuhan Pet Life Online.
Sekatan pergerakan keluar masuk di Wuhan, China susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya. - Foto: Wuhan Pet Life Online.
A
A
A

WUHAN - Sekatan pergerakan keluar masuk di Wuhan, China susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya.

Keadaan itu menyebabkan haiwan-haiwan tersebut dalam keadaan terabai, kelaparan dan trauma dan ada yang telah dikurung supaya binatang tersebut tidak keluar dari rumah.

Terpanggil dengan situasi tersebut, beberapa kumpulan pencinta haiwan tampil menghulurkan bantuan, lapor inkstonenews menurut sumber.

Seorang doktor haiwan yang bekerja di Wuhan memberitahu, kumpulannya telah berjaya menyelamatkan lebih 2,000 haiwan peliharaan di situ sejak 23 Januari lalu.

"Haiwan-haiwan peliharaan itu ditemukan di rumah tanpa sebarang makanan dan minuman. Pemilik haiwan berkenaan meninggalkan rumah mereka bulan lalu.

"Kami tidak menyangka mereka tidak boleh pulang dan situasi tersebut menyebabkan haiwan peliharaan mereka mati disebabkan kebuluran dan dahaga," katanya.

Sekatan pergerakan keluar masuk di Wuhan, China susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya. - Foto: Wuhan Pet Life Online
Sekatan pergerakan keluar masuk di Wuhan, China susulan wabak koronavirus menyebabkan ribuan haiwan peliharaan terpisah dengan tuannya. - Foto: Wuhan Pet Life Online

Sementara itu, Persatuan Perlindungan Haiwan Kecil Wuhan mula mengambil permintaan bagi membantu haiwan peliharaan yang terperangkap selama dua hari selepas sekatan tersebut dikuat kuasa.

Artikel Berkaitan:

Presiden persatuan, Du Fan berkata, seramai 60 sukarelawan telah menyelamatkan haiwan-haiwan peliharaan dari lebih 500 kediaman.

Menurutnya, dengan kira-kira 300,000 hingga 600,000 penduduk di Wuhan mempunyai haiwan peliharaan, agak sukar untuk mereka memenuhi permintaan yang memuncak sekarang ini.

"Sebenarnya ada beberapa tragedi yang berlaku terhadap haiwan-haiwan peliharaan ini seperti mati sebelum kami tiba," katanya.

"Kebanyakan yang minta bantuan kami adalah golongan migran yang bekerja di Wuhan dan tinggal di kejiranan kecil di sini.

"Mereka tidak mempunyai kawan-kawan atau ahli keluarga di Wuhan untuk membantu menguruskan haiwan peliharaan masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, terdapat beberapa sukarelawan menempatkan haiwan-haiwan peliharaan yang diselamatkan di rumah mereka dan ada juga yang mengekalkan di rumah pemilik.

Bagi haiwan yang disimpan di rumah asal, para sukarelawan akan datang secara berkala untuk memberi makanan dan minuman.