Selangor catat kes denggi tertinggi

Selangor kekal mencatakan kes denggi tertinggi di Malaysia.
Selangor kekal mencatakan kes denggi tertinggi di Malaysia.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes denggi tertinggi bagi tempoh 29 Disember tahun lalu sehingga 8 Februari lepas.

Berdasarkan statistik dikeluarkan menerusi laman idengue.arsm.gov.my, Selangor mencatatkan sebanyak 11,338 jumlah kes denggi bagi tempoh berkenaan.

Antara kawasan panas yang merekodkan tempoh wabak melebihi 30 hari sejak awal tahun ini ialah kawasan di daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Klang dan Sepang.

Kawasan Seksyen 27 Flat A Blok 1-22 (Petaling) merekodkan sebanyak 42 kumulatif kes, manakala Taman Kajang Baru (Hulu Langat) merekodkan sebanyak 30 kumulatif kes sejak awal tahun ini.

Selain Selangor, Johor menjadi negeri kedua tertinggi kes denggi dengan mencatatkan bilangan kes sebanyak 1,435 dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,375 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 16 kematian direkodkan akibat denggi di seluruh negara dalam tempoh sebulan bermula 1 Januari hingga 1 Februari tahun ini.

Sebelum ini, Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud pernah memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah mengambil pelbagai langah serius dalam menangani peningkatan kes wabak denggi di negeri ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penduduk setempat juga disaran supaya bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan kebersihan di kawasan premis masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Kempen kepada rakyat itu penting untuk pastikan kawasan sekeliling mereka bersih daripada pembiakan nyamuk," katanya.