Samun: Peniaga ayam terima 19 jahitan

Ahli keluarga Noraziah membawa mangsa ke Hospital Setiu sejurus kejadian itu.
Ahli keluarga Noraziah membawa mangsa ke Hospital Setiu sejurus kejadian itu.
A
A
A

SETIU - Seorang peniaga ayam cedera di kepala akibat ditetak dalam kejadian ragut di rumahnya di Kampung Bukit Pepari, di sini hari ini.

Akibat kecederaan itu, Noraziah Ismail, 52, menerima 19 jahitan di kepala dan kini dirawat di Hospital Setiu.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, dalam kejadian 9.30 pagi itu, tiga lelaki menaiki kereta Proton Wira Aeroback berwarna hitam pudar memasuki kawasan pekarangan rumah wanita itu dan melanggar motosikal mangsa.

“Wanita itu yang berada di rumah bersama anak perempuannya keluar untuk melihat dan ketika itu jugalah pemandu bersama dua lagi lelaki keluar dari kereta bertindak meragut rantai yang dipakai mangsa.

"Berlaku pergelutan di antara mereka dan seorang daripada suspek yang bersenjatakan parang bertindak menetak di bahagian kepala dan belakang badan mangsa.

“Pemandu kereta itu tidak bertopeng manakala dua lagi lelaki memakai topeng berwarna hitam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki terbabit dilapor melarikan diri ke arah Jerteh dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu.

Artikel Berkaitan: