Sifugold.biz lahirkan usahawan emas

Wan Zamrie (duduk di tengah) bersama ahli Sifugold.biz yang menyertai Sifugold Conference 2020 di Port Dickson Golf and Country Club semalam.
Wan Zamrie (duduk di tengah) bersama ahli Sifugold.biz yang menyertai Sifugold Conference 2020 di Port Dickson Golf and Country Club semalam.
A
A
A

PORT DICKSON - Baru lima bulan menyertai perniagaan membeli dan menjual emas menerusi Sifugold.biz, pendapatan seorang bekas tentera, Adli Yaacob atau Master Adli kini mencecah lima angka secara konsisten setiap bulan.

Sifugold.biz berpangkalan di Kuala Terengganu dan diasaskan oleh Wan Zamrie Wan Dagang atau lebih dikenali sebagai Sifu Zamrie.

Kedai emas itu terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas, jualan runcit dan membeli barangan emas terpakai.

Adli berkata, pelaburannya dalam perniagaan emas melalui Sifugold.biz semakin cerah berbanding pada peringkat awal ketika menceburi bidang itu pada 2012.

ADLI
ADLI

“Pada peringkat awal, saya hanya fokus kepada emas bar sebelum berkecimpung dalam jualan barangan kemas dari Kedai Emas Haji Wan Zamrie bermula 2015.

“Perjalanan hidup saya mula berubah apabila Sifu Zamrie mengembangkan perniagaannya melalui Sifugold.biz yang membuka peluang untuk saya menjana pendapatan lebih daripada jangkaan,” katanya ketika ditemui pada Sifugold Conference 2020 di sini semalam.

Beliau berkata, tawaran Sifugold.biz merangkumi tiga pakej iaitu ejen, dealer dan supergold dengan modal serendah RM390 sehingga RM3,900 serta peluang ahli untuk mendapat barangan kemas mengikut pakej.

Artikel Berkaitan:

“Sifugold.biz ini yang untungnya ialah kita buat, kita dapat susulan selain keuntungan tetap. Perniagaan ini menawarkan bonus pembelian dan insentif lain,” katanya.

Sementara itu, Noor Fakhriyati Hasmi atau Master Nor berkata, Sifugold.biz mula dilancarkan pada 29 Oktober tahun lalu dan peluang itu memberikannya pendapatan lumayan.

“Dengan hanya mendaftar sebagai ahli Sifugold.biz menerusi pakej RM3,900, saya turut menerima emas seberat 10 gram yang boleh dipakai, dijual atau dijadikan aset.

“Pendapatan awal saya hanya empat angka tapi sekarang saya berjaya dapat lima angka secara konsisten, bersesuaian dengan tagline ‘anda buat, anda dapat’,” katanya.

NOR FAKHRIYATI
NOR FAKHRIYATI

Mengulas lanjut, Noor Fakhriyati berkata, suri rumah juga mampu menjana pendapatan sepertinya dengan modal rendah dan beroperasi secara dalam talian.

“Kami ada kumpulan sokongan melalui aplikasi WhatsApp, Telegram dan Instagram. Kami boleh membantu mereka di luar sana membuat duit dengan keuntungan yang berganda kerana produk Sifugold.biz ini ‘mudoh, muroh, mewoh’,” katanya.

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Sifugold.biz boleh menghubungi Adli di talian 013-6933544 dan Noor Fakhriyati menerusi 010-9200241.