Tiada kes jangkitan koronavirus di Mid Valley, Hospital Sunway Cheras

Mesej tular di media sosial berhubung berlakunya jangkitan koronavirus yang didakwa dikesan di satu kawasan di pusat beli belah Mid Valley dan Hospital Sunway Cheras.
Mesej tular di media sosial berhubung berlakunya jangkitan koronavirus yang didakwa dikesan di satu kawasan di pusat beli belah Mid Valley dan Hospital Sunway Cheras.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan mesej tular di media sosial berhubung berlakunya jangkitan koronavirus yang didakwa dikesan di satu kawasan di pusat beli belah Mid Valley dan Hospital Sunway Cheras.

KKM dalam Facebook rasminya memaklumkan bahawa kedua-dua mesej tersebut adalah berita palsu dan tiada kes koronavirus dikesan kawasan tersebut.

“Jangan berkongsi atau menyebarkan berita palsu,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: