Tiga pelajar lebam dibelasah senior

Gambar hiasan. Gambar kecil: Datuk Surina Saad
Gambar hiasan. Gambar kecil: Datuk Surina Saad
A
A
A

ARAU - Tiga pelajar lebam di badan selepas dibelasah pelajar senior di sebuah sekolah berasrama penuh di sini pada 5 Februari lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, pelajar Tingkatan 2 itu dibelasah lima pelajar Tingkatan 5 selepas mereka didakwa tidak menghormati pelajar senior terbabit.

Menurutnya, sejurus menerima laporan daripada mangsa, polis menahan dua daripada suspek pada 5 Februari lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

"Tiga lagi suspek kini sedang bercuti selepas mendapat kebenaran pihak sekolah dan akan dipanggil polis untuk siasatan selepas pulang ke asrama sekolah itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Surina berkata, kes itu masih disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diminta agar tidak menularkan sebarang info yang tidak sahih mengenai kejadian ini sehingga menimbulkan fakta yang tidak tepat dalam kalangan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: