Kari kepala ikan resipi asli dari India

KARI kepala ikan di Black Mango Kitchen, Hotel Merrida, Klang, Selangor ditawarkan pada harga antara RM38 hingga RM58 setiap hidangan.
KARI kepala ikan di Black Mango Kitchen, Hotel Merrida, Klang, Selangor ditawarkan pada harga antara RM38 hingga RM58 setiap hidangan.
A
A
A

KARI kepala ikan cita rasa tempatan menggunakan resipi asli dari India antara menu istimewa ditawarkan di Black Mango Kitchen yang beroperasi Hotel Merrida, Klang, Selangor.

Restoran tersebut sebelum ini adalah milik penuh Hotel Merrida. Bagaimanapun, berada di bawah pengurusan baharu, pihak restoran menampilkan kelainan dengan merombak keseluruhan menu bagi menarik lebih ramai pelanggan mencuba hidangan berbeza yang menyelerakan.

Pengarah Urusan Black Mango Kitchen, Annuar Iman berkata, selain menawarkan resipi baharu, restoran berkenaan juga menerapkan dekorasi konsep santai dalam suasana yang menyenangkan pada harga mampu milik.

"Selari dengan nama 'mango' atau mangga pada restoran, ia sebenarnya mempunyai maksud yang tersendiri apabila kebanyakan menu adalah berasaskan buah mangga.

"Bahkan, resipi kari kepala ikan juga turut menggunakan mangga selain ikan merah segar seperti mana yang tercatat dalam resipi asli negara India," jelasnya ketika ditemui Femina di Black Mango Kitchen baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai menu istimewa kari kepala ikan tersebut, Annuar memberitahu, meskipun menggunakan resipi asli dari India, tetapi semua bahan termasuk rempah-ratus dibeli di pasaran tempatan.

Sementara itu, selain kari kepala ikan restoran berkenaan ini juga menawarkan hampir 20 menu istimewa yang menggabungkan masakan ala Barat dan tempatan. Antaranya ialah burger, nasi lemak dan kuih-muih.

"Justeru, kami amat mengalu-alukan orang ramai khususnya penggemar kari kepala ikan untuk menikmati kelainan resipi yang diterapkan.

Artikel Berkaitan:

"Harga yang ditawarkan sangat berpatutan antara RM38 hingga RM58 mengikut saiz pilihan pelanggan," katanya.

ANEKDOT

Kari kepala ikan

Harga: Antara RM38 hingga RM58

Lokasi:

Black Mango Kitchen

Hotel Merrida

No 18A, Lebuh Enggang off

Persiaran Sultan Ibrahim

41050, Klang, Selangor

Instagram: @kitchen_mango