Dua maut dalam serangan ke atas konsulat China di Pakistan

Anggota polis berlindung di sebalik dinding bangunan konsulat China. - Foto Reuters
Anggota polis berlindung di sebalik dinding bangunan konsulat China. - Foto Reuters
A
A
A
KARACHI - PAKISTAN. Dua anggota polis dilaporkan terbunuh, sementara seorang pengawal keselamatan cedera dalam serangan bersenjata yang menyasarkan konsulat China di Karachi, kata pihak berkuasa.

Menurut polis, bunyi tembakan kedengaran kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan di luar bangunan konsulat yang terletak di kawasan mewah Clifton.

Empat penyerang bersenjata dikatakan cuba memasuki konsulat namun berjaya dihalang pengawal keselamatan.

Pasukan keselamatan segera dikejarkan ke lokasi kejadian dan kawasan berkenaan kini dikawal ketat. Sebuah kumpulan puak pemisah dari wilayah Balochistan mengaku bertanggungjawab melakukan serangan.

China adalah jiran rapat Pakistan dan merupakan pelabur utama dalam projek infrastruktur negara itu. - BBC
Artikel Berkaitan: