Kematian warga asing pertama akibat koronavirus

Seorang juruteknik melakukan ujian terhadap sampel koronavirus baharu itu di makmal Fire Eye di Wuhan, wilayah Hubei. - FOTO: AFP
Seorang juruteknik melakukan ujian terhadap sampel koronavirus baharu itu di makmal Fire Eye di Wuhan, wilayah Hubei. - FOTO: AFP
A
A
A

WASHINGTON - Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) disahkan meninggal dunia akibat koronavirus yang dijangkiti di pusat epidemik tersebut di China, sekali gus menjadi kematian pertama melibatkan warga asing, menurut Kedutaan AS hari ini.

"Kematian pesakit berusia 60 tahun itu disahkan di sebuah hospital di Wuhan pada Khamis lalu," kata jurucakap kedutaan tanpa menyatakan butiran lanjut tentang jantina individu tersebut.

Menurutnya, mereka turut mengucapkan takziah kepada keluarga individu tersebut atas kehilangannya dan tiada kenyataan lain akan dibuat sebagai menghormati privasi mereka.

Sejak wabak itu mula menular awal Januari, sebanyak dua kematian telah dilaporkan di luar China melibatkan seorang lelaki dari Wuhan yang meninggal dunia di Filipina dan seorang lelaki berusia 39 tahun di Hong Kong.

Kelmarin, Kementerian Luar China memaklumkan kira-kira 19 warga asing dijangkiti koronavirus di China dan dua daripada mereka telah sembuh.

Kementerian itu bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat kerakyatan mereka.

Ancaman wabak tersebut telah mencetuskan panik di seluruh dunia selepas lebih 320 kes kini direkodkan di hampir 30 negara. - AFP

Artikel Berkaitan: