Sila log masuk terlebih dahulu.

Messi ada hak bersuara: Rivaldo

Persengketaan bermula selepas Abidal memberikan kenyataan prestasi buruk Barcelona ekoran pemain tidak tampil dengan persembahan cemerlang ketika di bawah kendalian bekas pengendali pasukan, Ernesto Valverde.
Persengketaan bermula selepas Abidal memberikan kenyataan prestasi buruk Barcelona ekoran pemain tidak tampil dengan persembahan cemerlang ketika di bawah kendalian bekas pengendali pasukan, Ernesto Valverde.
A
A
A

BEKAS penyerang sensasi Barcelona, Rivaldo menyifatkan teguran Lionel Messi terhadap pengarah sukan kelab Catalan, Eric Abidal adalah satu tindakan yang tepat.

Menurutnya, Messi mempunyai hak sepenuhnya untuk bersuara dan marah dengan kenyataan terbuka yang dikeluarkan Abidal baru-baru ini.

Sebelum ini, Messi mengkritik Abidal selepas bekas tonggak pertahanan Barcelona itu mengecam beberapa pemain Barcelona yang didakwanya menjadi punca pemecatan bekas pengurus, Ernesto Valverde.

Messi menyifatkan Abidal memburukkan kelab gergasi Sepanyol itu menerusi satu kenyataan terbuka yang mempersoalkan usaha mereka tanpa memberikan nama pemain secara spesifik.

"Reaksi Messi itu adalah normal sebagai seorang pemain. Messi mempunyai hak untuk marah dengan Abidal tentang cara dia mengkritik tahap profesional sesetengah pemain itu.

"Ia mencetuskan persoalan dalam seluruh pasukan. Sukar untuk bercakap tentang situasi ini dari luar tetapi Messi cuba untuk mempertahankan rakan-rakan sepasukannya serta dirinya sendiri," katanya.

Lionel Messi
Lionel Messi

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, kata Rivaldo kenyataan balas yang dikeluarkan Messi itu juga membuktikan Valverde tidak bersalah ekoran prestasi hambar pasukan sebelum ini.

"Jelas sekali Valverde kini bukan masalah terbesar buat kelab. Barcelona adalah pihak yang paling rugi.

"Abidal dan Messi patut duduk berbincang secara baik. Abidal dalam situasi sukar, lebih-lebih lagi kerana pemain yang memberikan reaksi itu adalah kapten Barca dan bintang besar, Messi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Messi tawar hati dengan Barcelona?