Hairan salakan anjing kuat, ini rupanya berlaku...

Dua ekor anjing ini berjaya menyelamatkan seorang pegawal keselamatan dan menerima rawatan di hospital. - Foto Facebook Emay Chan
Dua ekor anjing ini berjaya menyelamatkan seorang pegawal keselamatan dan menerima rawatan di hospital. - Foto Facebook Emay Chan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bunyi salakan anjing yang kuat dan bertalu-talu menyelamatkan seorang pengawal keselamatan yang rebah ketika menaiki basikal di sebuah perumahan di sini.

Kisah itu dikongsi oleh seorang wanita, Emay Chan di Facebook miliknya dan mendapat perhatian netizen.

Bercerita lanjut, Emay berkata, dua ekor anjingnya bernama Pudding dan Fei Fei menyalak ketika dia mahu sarapan pagi pada jam 8 pagi.

Dia berasa hairan apabila anjing peliharaannya membuat bising luar biasa di luar rumah hingga mendorong dia keluar dan melihat apa yang berlaku.

Sebaik sahaja keluar daripada rumah, Emay terkejut apabila ternampak pengawal keselamatan terjatuh dan di sisinya sebuah basikal.

Emay terus menghubungi 999 dan meminta adik lelakinya memberitahu jiran tentang kejadian tersebut.

Ambulans tiba 30 minit kemudian dan membawa pengawal keselamatan itu ke hospital.

Kata Emay, lelaki yang tiada rekod kesihatan itu dipercayai mengalami tekanan darah tinggi.

Artikel Berkaitan: