Air Selangor komited perangi rasuah

Suhaimi (lapan dari kiri) bersama Mohamad Tarmize serta 16 ketua-ketua jabatan Air Selangor menunjukkan plak Ikrar Bebas Rasuah yang telah ditandatangani.
Suhaimi (lapan dari kiri) bersama Mohamad Tarmize serta 16 ketua-ketua jabatan Air Selangor menunjukkan plak Ikrar Bebas Rasuah yang telah ditandatangani.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengambil tanggungjawab memerangi rasuah dalam kalangan warga kerjanya melalui siri jelajah anti rasuah selama tiga bulan bermula Februari ini.

Ketua Komunikasi Korporatnya, Abdul Halem Mat Som berkata, ia sebagai komitmen dalam mencegah gejala tidak bermoral itu sebagai kesinambungan terhadap Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dilaksanakan pihaknya baru-baru ini.

"Ini bagi memastikan warga kerja menerima sepenuhnya usaha tersebut secara menyeluruh.

"Ikrar (IBR) dan akujanji ini dilakukan secara sukarela atas kapasiti sebagai individu yang bertanggungjawab dan berusaha menjauhkan diri daripada sebarang amalan rasuah," katanya.

Terdahulu, pengurusan kanan Air Selangor diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman melakukan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) disusuli menandatangani akujanji disaksikan Pengarah Bahagian Pendidikan Komuniti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pesuruhjaya Razim Mohd Noor dalam satu majlis tertutup di Ibu Pejabat Air Selangor, Jalan Pantai Baharu baru-baru ini.

Suhaimi (tengah) mengetuai lafaz IBR bersama 16 ketua-ketua jabatan Air Selangor disaksikan oleh pegawai SPRM dalam majlis tertutup di Ibu Pejabat Air Selangor baru-baru ini.
Suhaimi (tengah) mengetuai lafaz IBR bersama 16 ketua-ketua jabatan Air Selangor disaksikan oleh pegawai SPRM dalam majlis tertutup di Ibu Pejabat Air Selangor baru-baru ini.

Sesi taklimat berkaitan Seksyen 17A, Akta SPRM 2019 (Corporate liability) turut disampaikan Ketua Penolong Pesuruhjaya SPRM, Mohamad Tarmize Abdul Manaf.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut katanya, Air Selangor menekankan prinsip integriti seperti terkandung dalam lima nilai teras diperkenalkan, selain beberapa dasar yang diketengahkan lebih awal bagi menyokong nilai teras tersebut.

"Antaranya Polisi Tiada Hadiah, Polisi Pemberi Maklumat, Pengisytiharan Konflik Kepentingan, Perjanjian Integriti Perolehan dan Garis Panduan Bukan Pakatan," katanya.